Tabahkan dirimu bak serikandi Khadijah, Haluskan akhlakmu seperti Fatimah Az-Zahra, Sampaikan ilmumu sebijak si merah Aisyah, Teguhkan imanmu seteguh Sumayyah, Sucikan hatimu seperti Rabiatul Adawiyah, Barulah dirimu menjadi Ainul Mardiyah
Wanita pertama
memeluk islam dan juga isteri Nabi Muhamad s.a.w adalah Siti Khadijah binti
Khuwalid. Ummul mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi.
Khadijah al-Kubra
adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka
menolong orang yang lemah dan memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda
tatkala bernikah dengan Nabi Muhamad s.a.w. Baginda s.a.w pada tatkala itu digelar
al-Amin memperdagangkan barangan Siti Khadijah serta mendapat keuntungan. Siti
Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana tertarik dengan peribadi baginda.
Usia Siti Khadijah
ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar-benar telah
jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka
untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidah
mempunyai apa-apa.
Malah dikatakan
perasan beliau terhadap Nabi Muhamad itu tidak boleh ditahan-tahan atau
dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata :
" Jika segala
kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran
(Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhamad,
maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk
"
Siti Khadijah
berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang tinggi oleh
masyarakat Arab ketika itu. beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin
Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal berasal daripada kabilah Bani Asad dari
suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat
Islam. Tugas dan tanggujawab sebagai isteri denagn memberikan dorongan dan
semangat kepada Rasulullah s.a.w dilaksan sebaik mungkin.
Meskipun
tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun berjaya
membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya. Nabi Muhamad s.a.w
pernah bersabda yang bermaksud :
" Ketika aku
miskin, Khadijah memberikan aku kekayaan. Ketika orang mengaggapku gila, ia
tetap percaya padaku "
Siti Khadijah juga
yang menenangkan Nabi Muhamad s.a.w dengan penuh kasih sayang selepas pulang
daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui Jibril. Siti Khadijah
memiliki pemikiran juga yang tentang keislaman yang cukup penting. Beliau
sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan
daripada kebesaran Allah s.w.t , Allah memerhatikan kelakuan manusia dan
memberikan ganjaran.
Menurutnya, Allah
menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan menolong sesama
insan terutama kepada golongan lemah.
Siti Khadijah jatuh
sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhamad
dan pengikutnya. Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah
jatuh sakit dan meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali
dengan nama al-Hajun
Perkhawinan Siti
Khadijah dengan Rasulullah s.a.w dikurniai dengan dua orang putera dan empat
orang puteri iaitu Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Khalthum dan
Fatimah. Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abi Talib, manakala
Ruqaiyah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Setelah Ruqaiyah meniggal dunia,
Ummu Kalthum pula diperisterikan oleh Uthman. Manakala Qasim dan Abdullah
meninggal dunia semasa masih kecil.