Menutup aurat
Aurat wanita ialah seluruh anggota badannya,
kecuali wajah dan pergelangan tangan. Rasulullah pernah bersabda :
“ paha itu adalah aurat “
Tidak menampakkan tubuh
Pakaian yang jarang sehingga menampakkan
aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan sahaja
menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang melihatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“dua golongan ahli neraka yang belum pernah
aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti seekor lembu yang
digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai
pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan dan juga kepalanya seperti
bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium
baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh. “
Pakaian tidak ketat bertujuan supaya tidak
kelihatan bentuk tubuh badan.
Tidak menimbulkan riak
Rasulullah pernah bersabda bermaksud :
“ sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana
perasaan sombong, Allah swt tidak akan memandangnya pada hari kiamat “
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda :
“ sesiapa yang memakai pakaian yang
berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat
nanti “
Lelaki wanita berbeza
Maksudnya, pakaian yang khusus untuk lelaki
tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah s.a.w
mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud :
“ Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian
dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan. “
“ Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan
wanita berpakaian lelaki “
Larangan memakai sutera
Islam mengharamkan kaum lelaki memakai
sutera. Rasulullah s.a.w bersabda :
“ janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya
orang yang memakainyadi dunia tidak dapat memakainya di akhirat “
Melabuhkan pakaian
Contohnya, seperti tudung yang seharusnya
dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk
atau leher dan juga dada.
Allah berfirman :
“ Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah)
isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman,
supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya. Cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun dan penyayang. "
( Al-azhab : 59 )
Memilih warna yang sesuai
Warna-warna lembut termasuk putih kerana ia Nampak
bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah
s.a.w dan Baginda bersabda :
“ pakailah pakaian putih kerana ia lebih
baik, dan kafankan mayat kamu dengannya. "
“ setitik air peluh wanita yang kepanasan
kerana bertudung demi menutupi auratnya, ia dikira sebagai pahala ”