Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku
kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram
di phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat
lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....
syeikh: kamu suka dia?
fulan: ya syeikh....
syeikh: kamu suka tu suka-suka atau
kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk
anakmu,menjadi pembantu agamamu?
fulan: ya syeikh...pada pandangan
saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
syeikh: bila kamu akan menikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh...dalam
3 tahun lagi...
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan
dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan
datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa
sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu
bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan
kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian
baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih
suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung
dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air
musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk
perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan
sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita
ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang
ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan
al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali
mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum
sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka
dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu
para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka
sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan
perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa
kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati
zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari
zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah
ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang
mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa
zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak
ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?